PENDAFTARAN AHLI BARU PERSATUAN ALUMNI
SMK BANDAR TUN RAZAK
SEMUA BEKAS PELAJAR SMK BANDAR TUN RAZAK BOLEH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ALUMNI SECARA ONLINE MELALUI LAMAN WEB INI. SILA KLIK PADA RUANGAN BORANG KEAHLIAN atau
DOWNLOAD BORANG PDF
Pengenalan
Assalamualaikum W.T.H, Bersyukur kepada Allah SWT, kerana telah meredhakan penubuhan ALUMNI (Persatuan Bekas Pelajar) SMK Bandar Tun Razak bagi mengeratkan silaturrahim antara kita apabila terpisah kelak. Antara lain penubuhan ini adalah untuk mempertemukan semula barisan pelajar supaya perhubungan sesama kita tidak terputus begitu sahaja.
Saya cukup bersyukur kerana rakan-rakan begitu bersungguh-sungguh untuk membantu menubuhkan ALUMNI ini tanpa keraguan. Ini menunjukkan perpaduan antara kita tidak pernah luntur dan tetap kukuh walaupun untuk selamanya. Kejayaan yang dihasilkan oleh rakan-rakan telah membayangkan kemampuan dan kehebatan anda yang bakal memimpin generasi akan datang ke gerbang kegemilangan. Sesungguhnya penubuhan ALUMNI ini mencerminkan kerjasama yang erat antara semua bekas pelajar dengan pihak pengurusan SMK Bandar Tun Razak.
Dalam menempuh kedatangan alaf baru ini, saya mewakili semua ahli Alumni SMK Bantura berjanji akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam usaha pembangunan negara Malaysia.
Saya berjanji akan cuba sedaya upaya saya untuk berkhidmat dengan sebaik mungkin hasil bantuan dan dorongan rakan-rakan. Saya percaya ALUMNI ini akan terus maju dan berkembang dengan sempurna tanpa sebarang persengketaan. Akhir kata biarkan persahabatan yang kita bina ini akan kekal untuk selama-lamanya.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Moderator

Anda pelawat yang ke